Tempat menarik dan beriadah yang murah di Shah Alam

 Mesti ada yang tengah mencari-cari tempat beriadah kat shah alam selain I-city yg famous tu kan dengan kos yang rendah.. haaa ni salah satu nya Taman Botani Negara Shah Alam. Apa yang menarik kat Taman Botani ni jommm baca kat bawah hehe.............

Parking jangan risau sebab ada banyak dan luas, yuran masuk Rm 3.00 untuk seorg dan kanak-kanak Rm 1.00 seorg . untuk yang gemar berjalan atau niat memang nak jogging boleh je jalan kaki.. ada yang malas macam jalan macam saya boleh sewa basikal atau pun skuter, Beam pun ada kat Taman Botani untuk yang x rajin nak mengayuh.

Apa aktiviti yang kita boleh buat kat Taman Botani Shah Alam Ni?????

1.Boleh bermain skuter elektrik atau basikal tanpa gangguan kereta u all's anak-anak pun happy kita pun tak risau sangat bagi anak-anak naik skuter.tapi kena beli helmet dan barangan safety yang lain ye.

2.Taman Botani juga ada pelbagai aktiviti yang kita boleh main seperti flying fox, memanah berkayak dan kayuh basikal itik tu (entah apa nama) pasal yuran saya tak pasti sangat berapa sbb lupa nak tanya hari tu hehe.

3.Boleh berkelah kat sini, ramai family cina, indian dan malay yang berkelah bawa makanan dari rumah bentang tikar then anak-anak semua pergi main skuter buat aktiviti lepas dan penat main balik makan, best gilerr tengok, syorkan datang pagi baru boleh hirup udara segar dipagi hari.


4.Haiwan-haiwan seperti kuda, rusa pun ada juga kita boleh belikan makanan untuk bagi makan sendiri.

5.Tempat ni banyak monyet ye jangan bertentang mata silap-silap nanti dia ikut sampai balik rumah..

Sumpah best giler and rasa nyaman tenang dari suasana bandar, boleh dengar bunyi-bunyi cengkerik bunyi hutan gitu ....tunggu apa lagi boleh lah rancang bawa keluar datang hujung minggu atau cuti sekolah nanti. Percutian yang murah, bajet dan sangat memuaskan. selamat bercuti...........kita belanja satu video

Comments